2 Jamadil Awal 1448
09 Oct 2026
NOTIS TUNTUTAN DEPOSIT AM Adalah dimaklumkan bahawa syarikat-syarikat yang tersenarai adalah diminta untuk menuntut Deposit Am masing-masing dalam tempoh tiga (3) bulan dari tarikh notis ini bagi mengelakkan deposit tersebut daripada diwartakan. Syarikat hendaklah membawa bersama dokumen-dokumen yang diperlukan seperti salinan lesen-lesen berkaitan dan penyata akaun bank bagi melancarkan urusan pengembalian deposit. Kerjasama dan perhatian pihak syarikat yang terlibat berhubung perkara ini amatlah dihargai.
Baca Lagi14 Oct 2026
๐ข WARGA TANDEK DIJEMPUT HADIR KE PROGRAM HARI BERTEMU PELANGGAN Berita Baik untuk warga Kota Marudu khususnya penduduk di Mukim Tingkalanon, N.7 Tandek! Jangan lepaskan peluang hadir ke Program Hari Bertemu Pelanggan anjuran Pejabat Daerah Kota Marudu dengan kerjasama Rakan Strategik Daerah seperti ketetapan berikut: ๐ Tarikh: 15 Oktober 2026 (Khamis) ๐ Masa: 8.00 pagi โ 1.00 petang ๐ Tempat: Dewan Terbuka Pekan Tandek, Kota Marudu Pelbagai jabatan dan agensi kerajaan akan turun padang bagi menyediakan perkhidmatan, menyalurkan maklumat, memberikan khidmat nasihat serta menerima aduan dan maklum balas secara terus daripada masyarakat. ๐ CABUTAN BERTUAH TURUT DIADAKAN! Anda bakal bawa pulang hamper, beras, minyak masak dan hadiah menarik! Datang!! Kami tunggu anda disana. โBersama Memudahkan Urusan, Bersama Menyelesaikan Permasalahan Rakyatโ
Baca Lagi