Galeri


MAJLIS PELANCARAN BUKU PELAN PEMBANGUNAN STRATEGIK DAERAH KOTA MARUDU

03/07/2025 - πŸ“˜ Majlis Pelancaran Buku Pelan Pembangunan Strategik Daerah Kota Marudu 2025–2035 yang diadakan di Bandau Hall, Marudu Inn Hotel Kota Marudu telah dijalankan dengan jayanya.

Majlis ini telah dirasmikan oleh YB Datuk Hendrus Anding Pembantu Menteri 1, Kementerian Pertanian, Perikanan Dan Industri Makanan Sabah, merangkap ADUN N.7 Tandek, Kota Marudu.

Buku ini menggariskan hala tuju strategik pembangunan sosioekonomi daerah merangkumi infrastruktur, pendidikan, perkhidmatan, pelancongan dan kesejahteraan rakyat secara menyeluruh.

Turut hadir bersama dalam majlis ini ialah ,YBhg Datuk Seri Panglima Hajah Azizah binti DSP Mohd Dun (Pengerusi Institut Kajian Pembangunan Sabah), YBrs. Puan Patricia Vain (TSUT 1, KPLBS), Ydh ASP Pirikson Bin Ubak (Wakil OCPD- IPD KM), YBhg Datuk Maijol Mahap Pengerusi Perkasa Trading Sdn. Bhd (SEDCO Group), Tn. Marck @Hassan bin Libau (ADO Pembangunan) , Tn. Suffian Majid (ADO Pentadbiran), Ketua-Ketua Jabatan Kerajaan Negeri dan Persekutuan, Ketua-ketua Komuniti dan Pemimpin Setempat.

GOTONG ROYONG PERDANA DI MASJID AT-TAQWA PEKAN KOTA MARUDU

🧹 GOTONG-ROYONG PERDANA
πŸ“… 29 Jun 2025
πŸ“ Masjid At-Taqwa, Pekan Kota Marudu

Program Gotong-Royong Perdana yang diadakan pada 29 Jun 2025 di Masjid At-Taqwa, Pekan Kota Marudu telah berlangsung dengan jayanya.

Turut hadir, Tuan Marck @ Hassan bin Libau, Penolong Pegawai Daerah (Pembangunan) merangkap Pengerusi Badan Dakwah Daerah Kota Marudu, yang turut serta bergotong-royong bersama para penduduk setempat.

Aktiviti ini bertujuan memupuk semangat kerjasama, kebersamaan dan tanggungjawab dalam kalangan masyarakat setempat, khususnya dalam menjaga kebersihan dan keharmonian rumah ibadah.

🀝 Tahniah dan terima kasih kepada semua pihak yang turut serta menjayakan program ini!

MAJLIS PERASMIAN LATIHAN PENINGKATAN KEMAHIRAN KERJA DI BAWAH PROGRAM MySMJ KERJA 2025

26/06/2025 - Majlis telah dirasmikan oleh Puan Meirin binti Sugara, Pegawai Daerah Kota Marudu, sebagai simbolik pelancaran program latihan yang bertujuan meningkatkan kemahiran dan kebolehpasaran tenaga kerja tempatan.

Program ini dianjurkan oleh Bina Teraju Sdn. Bhd. dengan kerjasama Sekretariat Sabah Maju Jaya (SMJ) dan All-Parliamentary Group Malaysia on Sustainable Development Goals (APGM-SDG).

Inisiatif ini menyasarkan pembangunan modal insan melalui latihan berasaskan industri, sekaligus menyokong agenda pembangunan sosioekonomi Negeri Sabah di bawah pelan Sabah Maju Jaya.

🀝 Terima kasih dan tahniah kepada semua pihak yang terlibat menjayakan program ini!

PROGRAM SUMBANGAN TUNAI RAHMAH (STR) KEPADA PENERIMA TANPA BANK AKAUN & MOBILE COMMUNITY SERVICES (MCS) DI SK MAGANDAI, KOTA MARUDU

22 Jun 2025 (Ahad) - Program Penyerahan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) telah diadakan di SK Magandai, Kota Marudu bagi menyampaikan bantuan kewangan secara tunai kepada penerima tanpa bank akaun.

Turut diadakan serentak Program Mobile Community Services (MCS), yang menyediakan pelbagai perkhidmatan kerajaan secara terus kepada penduduk setempat. Inisiatif ini bertujuan untuk memudahkan akses kepada perkhidmatan awam, terutamanya bagi komuniti di kawasan pedalaman.

Tuan Silvester @ Suffian Majid, Penolong Pegawai Daerah (Pentadbiran) bersama beberapa kakitangan Pejabat Daerah Kota Marudu turut serta dalam menjayakan program ini.

Program berjalan lancar dan mendapat sambutan yang amat baik daripada komuniti setempat.

PROGRAM SUMBANGAN TUNAI RAHMAH (STR) 2025 KOTA MARUDU

21/06/2025 (Sabtu) - Program Penyerahan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) kepada Penerima Tanpa Bank Akaun di daerah Kota Marudu telah dilaksanakan di Dewan PPR Korongkom, Kota Marudu dengan jayanya.

Kaunter perkhidmatan yang terlibat antaranya LHDN, BSN & Kaunter Perbendaharaan Malaysia Sabah bagi memastikan proses agihan berjalan dengan teratur dan selamat.

PERKHIDMATAN KOMUNITI BERGERAK (MCS) KOTA MARUDU BERTEMPAT DI DEWAN MUKIM GANA, KOTA MARUDU

18/06/2025 (Rabu) - Program MCS Kota Marudu telah berlangsung dengan jayanya, menghimpunkan pelbagai agensi kerajaan bagi memberikan perkhidmatan terus kepada masyarakat setempat. Antara perkhidmatan yang ditawarkan termasuklah pendaftaran dokumen, bantuan kebajikan, pemeriksaan kesihatan, khidmat pertanian, dan pelbagai kaunter khidmat nasihat.

Inisiatif ini bertujuan memudahkan urusan penduduk luar bandar dan memastikan tiada golongan yang terpinggir daripada akses kepada perkhidmatan kerajaan.

Pejabat Daerah Kota Marudu juga telah membuka kaunter perlesenan bagi tujuan permohonan baharu dan pembaharuan lesen perniagaan.

Terima kasih kepada semua agensi terlibat dan penduduk yang hadir memeriahkan program hari ini!

SESI PENGGAMBARAN VIDEO-VIDEO PENDEK SURUHANJAYA PILIHAN RAYA (SPR) BAGI PILIHAN RAYA UMUM (PRU) DEWAN UNDANGAN SABAH (DUN) KE-17

16/06/2025 (Isnin) - Akademi Pilihan Raya (APR) di bawah naungan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah melaksanakan sesi penggambaran video-video pendek bagi tujuan pendidikan pengundi dan promosi sempena Pilihan Raya Umum Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah ke-17.

Sesi ini dijalankan dengan kerjasama Kakitangan Pejabat Daerah Kota Marudu dan melibatkan beberapa lokasi terpilih, iaitu:
πŸ“ Pusat Pelancongan Saujana Hill
πŸ“ Kampung Timbang Batu
πŸ“ Zacs Place, Kota Marudu

Usaha ini merupakan sebahagian daripada inisiatif berterusan SPR dalam memperkasa kesedaran sivik dan tanggungjawab pengundi, khususnya dalam kalangan rakyat Sabah.

#SPRMalaysia #APRSPR #PRUDUNSabah17 #PDKM #JomMengundi #KotaMarudu #SabahMajuJaya

MAJLIS PERASMIAN SAMBUTAN PERAYAAN PESTA KAAMATAN PERINGKAT DAERAH KOTA MARUDU TAHUN 2025

MAJLIS PERASMIAN SAMBUTAN PERAYAAN PESTA KAAMATAN PERINGKAT DAERAH KOTA MARUDU TAHUN 2025

18/05/2025 (Ahad) - Sambutan Perayaan Pesta Kaamatan Peringkat Daerah Kota Marudu tahun 2025 telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Datuk Seri Panglima Dr. Joachim Gunsalam, Timbalan Ketua Menteri II, Menteri Kerajaan Tempatan Dan Perumahan Sabah Merangkap ADUN N.36 Kundasang.

Dalam ucapan alu-aluan Pegawai Daerah, Puan Meirin Binti Sugara yang juga merangkap Pengerusi Jawatankuasa Induk mengucapkan ribuan terima kasih di atas kesudian dan kehadiran Yang Berhormat Datuk Seri Panglima Dr. Joachim Gunsalam ke Majlis Sambutan Pesta Kaamatan Daerah Kota Marudu tahun 2025.

#kaamatanuntuksemua
#KOTAMARUDU
#pejabatdaerah

PERTANDINGAN SUKAN TRADISI SAMBUTAN PESTA KAAMATAN KOTA MARUDU 2025

17/05/2025 (Sabtu) - Pertandingan Sukan Tradisi Pesta Kaamatan Kota Marudu 2025 memperlihatkan semangat kesukanan, warisan budaya dan kekitaan komuniti dalam suasana penuh kemeriahan.

Antara sukan tradisi yang dipertandingan antaranya Mimpulos, Tarik Tari, Boling Kelapa dan banyak lagi. Meriah, penuh gelak tawa dan semangat kebersamaan! πŸŒΎπŸŽ‰

MAJLIS PELANCARAN LEMBAGA PADI DAN BERAS SABAH (LPBS) DAN SKIM TAKAFUL TANAMAN PADI (STTP) AGROBANK PERINGKAT NEGERI SABAH

MAJLIS PELANCARAN LEMBAGA PADI DAN BERAS SABAH (LPBS) DAN SKIM TAKAFUL TANAMAN PADI (STTP) AGROBANK PERINGKAT NEGERI SABAH

10 Mei 2025 - Tuan Suffian Majid, Penolong Pegawai Daerah (Pentadbiran) hadir ke majlis ini bertempat di Dewan Terbuka Datuk Musbah, Kampung Taun Gusi Kota Belud pada 10 Mei 2025.
Majlis ini dirasmikan oleh YAB Datuk Seri Panglima Haji Hajiji bin Haji Noor, Ketua Menteri Sabah.

#MalaysiaMadani
#berkhidmatuntuknegara
#SabahMajuJaya

MESYUARAT AKHIR PERSEDIAAN SAMBUTAN PERAYAAN PESTA KAAMATAN PERINGKAT DAERAH KOTA MARUDU TAHUN 2025

07 Mei 2025 (Rabu)- Puan Meirin Binti Sugara, Pegawai Daerah Kota Marudu (Merangkap Pengerusi Jawatankuasa Induk) hari ini mempengerusikan Mesyuarat terakhir bagi persiapan Sambutan Perayaan Pesta Kaamatan Peringkat Daerah Kota Marudu bersama-sama dengan Dr. Christopher Mandut, AMT KDCA (merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pelaksana) bertempat di Bilik Gerakan, Pejabat Daerah Kota Marudu. Mesyuarat ini turut dihadiri oleh Tuan Suffian Majid, Penolong Pegawai Daerah (Pentadbiran), PDKM.

Mesyuarat pada hari ini memfokuskan kepada persiapan terakhir daripada setiap pengerusi jawatankuasa. Daerah Kota Marudu akan menyambut Perayaan Pesta Kaamatan bermula 14 Mei 2025 dan hari kemuncak ialah pada 18 Mei 2025 (Ahad). Semoga segala program yang dirancang berjalan dengan baik dan lancar.

#kaamatanuntuksemua
#SabahMajuJaya
#MalaysiaMadani

MAJLIS RUMAH TERBUKA HARI RAYA DUN N7 TANDEK

30 APRIL 2025 (RABU)- Pegawai Daerah Kota Marudu, Puan Meirin Binti Sugara menghadiri Majlis Rumah Terbuka Hari Raya DUN N.7 Tandek yang dihoskan oleh YB Datuk Hendrus Anding, Pembantu Menteri 1, Kementerian Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan merangkap ADUN N7 Tandek.

Majlis ini dimeriahkan dengan kehadiran tetamu khas- YAB Datuk Seri Panglima Haji Hajiji bin Haji Noor, Ketua Menteri Sabah.
Turut hadir sama Tuan Marck @ Hassan bin Libau, Penolong Pegawai Daerah (Pembangunan), Ketua-ketua Jabatan Negeri dan Persekutuan Daerah Kota Marudu dan kakitangan Pejabat Daerah Kota Marudu.

MAJLIS ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG DAN JASAMU DIKENANG

10/12/2025 - Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang & Jasamu Dikenang 2025 telah diadakan di AB Event Hall, Kota Marudu bagi memberi penghargaan kepada warga kerja atas komitmen cemerlang dalam perkhidmatan. Turut diraikan, pesara serta warga yang berpindah atas jasa dan komitmen sepanjang tempoh perkhidmatan.

Tahniah diucapkan kepada Puan Kelmey Kagiah dan Puan Ailin Teoh atas penerimaan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) Tahun 2025. Anugerah ini merupakan penghargaan atas komitmen, integriti dan kecemerlangan dalam menjalankan tugas. Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi kepada seluruh warga kerja untuk terus berkhidmat dengan cemerlang.

Pejabat ini juga mengucapkan syabas dan tahniah kepada Tuan Marshal Anthony @ Idham, Penolong Pegawai Daerah (Kanan) yang akan berpindah ke Pejabat Daerah Nabawan sebagai Pegawai Daerah. Semoga terus maju jaya di tempat baharu dan jangan lupa kami seluruh warga pejabat!

Turut diraikan, kakitangan yang bersara iaitu Puan Janis Buangin, Tuan Jahari bin Imam Joon dan Tuan Masran bin Kaiman, sebagai tanda penghargaan atas segala jasa dan khidmat bakti yang dicurahkan sepanjang tempoh perkhidmatan.

PROGRAM INTEGRITY SOCIAL RESPONSIBILITY (ISR) PEJABAT DAERAH KOTA MARUDU SEMPENA MINGGU INTEGRITI KEMENTERIAN PEMBANGUNAN LUAR BANDAR SABAH TAHUN 2024

30/08/2024, Jumaat - Pejabat Daerah Kota Marudu telah mengadakan Program Gotong-Royong Amal bertempat di Lutung Campsite, Kg. Tangkol Kota Marudu. Dengan mengambil tema Kebajikan, Sosial dan Kemasyarakatan, Rekreasi, Pemelihaaraan dan Pemuliharaan Alam Sekitar, program ini melibatkan komuniti setempat di Kg. Tangkol khususnya di sekitar kawasan Lutung Campsite.

Pegawai dan Kakitangan Pejabat Daerah komited untuk terus berkhidmat demi negara khususnya di daerah Kota Marudu bukan sahaja di Pejabat, malah turut membantu komuniti setempat. Pemilihan lokasi program iaitu di Lutung Campsite secara tidak langsung mempromosikan kawasan riadah ini kepada orang ramai dan memberikan impak positif kepada pembangunan fizikal dan ekonomi penduduk setempat. Selain itu, warga kerja Pejabat Daerah dengan kerjasama komuniti telah menanam pokok di sekitar kawasan Campsite yang memberikan signifikan jelas mengenai kepentingan menjaga alam sekitar.

Terima kasih kepada semua Pegawai dan kakitangan yang menjayakan program ini secara langsung dan tidak langsung, ribuan terima kasih kepada agensi kerajaan yang membantu dan tidak lupa juga kepada Puan Rozie Daud, Pengurus Lutung Campsite dan penduduk Kg. Tangkol yang menyambut kehadiran warga kerja Pejabat Daerah dengan penuh mesra dan kegembiraan.

#MingguIntegriti
#PejabatDaerahKotaMarudu
#SabahMajuJaya

BENGKEL PENYEDIAAN INPUT PELAN PEMBANGUNAN RANCANGAN MALAYSIA KE-13 (RMK-13) DAERAH KOTA MARUDU, 2026-2030.

BENGKEL PENYEDIAAN INPUT PELAN PEMBANGUNAN RANCANGAN MALAYSIA KE-13 (RMK-13) DAERAH KOTA MARUDU, 2026-2030.

Yang telah berlangsung pada tarikh 20 Ogos 2024 (hari selasa), Masa 8:00am – 5:00pm dan bertempat di Bandau Hall, Marudu Inn, Kota Marudu.
Terima kasih kepada semua yang telah hadir dan memberikan input yang sangat bermakna.

MAJLIS PELUNCURAN PROJEK RINTIS PENANAMAN PADI OLEH KUMPULAN SAWIT KINABALU

13 Ogos 2024 (Selasa) - Majlis Peluncuran Projek Rintis Penanaman Padi oleh Kumpulan Sawit Kinabalu di Jalan Ongkilan, Kota Marudu

Pegawai Daerah Kota Marudu, Puan Meirin Binti Sugara telah hadir ke Majlis Peluncuran Projek Rintis Penanaman Padi oleh Kumpulan Sawit Kinabalu bertempat di Jalan Ongkilan, Kota Marudu.

Majlis ini telah dirasmikan oleh YAB Datuk Seri Panglima Haji Hajiji bin Haji Noor, Ketua Menteri Sabah merangkap Pengerusi Kumpulan Sawit Kinabalu.

#SabahMajuJaya
#MalaysiaMadani
#berkhidmatuntuknegara

GOTONG-ROYONG PERDANA PEJABAT DAERAH KOTA MARUDU

AKTIVITI GOTONG-ROYONG MEMBERSIHKAN PERKARANGAN LUAR DAN DALAM PEJABAT BANGUNAN URUSETIA TELAH DILAKSANAKAN PADA 06/08/2024 BERSAMA DENGAN SEMUA KAKITANGAN PDKM, JPKN, BENDAHARI DAN JPAM KOTA MARUDU.

PERASMIAN KURSUS PEMASARAN DIGITAL, FOTOGRAFI DAN PENYUNTINGAN

Perasmian Kursus Pemasaran Digital, Fotografi dan Penyuntingan anjuran KOMTDA dan STB dalam usaha memperkasakan kemahiran pemasaran digital, fotografi dan penyuntingan kepada para pengusaha pelancongan di daerah Kota Marudu.

MESYUARAT PENYELARASAN PROGRAM SEJAHTERA MADANI BERSAMA PENGURUS-PENGURUS BANK DI DAERAH KOTA MARUDU

15 JULAI 2024 , ISNIN- Puan Meirin Binti Sugara, Pegawai Daerah Kota Marudu mempengerusikan Mesyuarat Penyelarasan Program Sejahtera Madani bersama Pengurus-pengurus Bank di Daerah Kota Marudu.

Mesyuarat ini dihadiri oleh :-
En. Jason Tsen Ket Fui, Pengurus Alliance Bank Kota Marudu,
Pn. Norni Binti Aneh, Pengurus Agrobank Kota Marudu
En. Mohd Feroz Naimullah, Ketua Unit Bank Rakyat
Pn. Asfarina Asmat, Jurutera, Pejabat Daerah Kota Marudu.

#MalaysiaMADANI
#BerkhidmatUntukNegara

PROGRAM LAWATAN YABHG TOH PUAN BERSAMA YAYASAN NUR JAUHAR KE SEKOLAH KEBANGSAAN MAGANDAI, KOTA MARUDU

11 JULAI 2024, KHAMIS - PROGRAM LAWATAN YABHG TOH PUAN BERSAMA YAYASAN NUR JAUHAR KE SEKOLAH KEBANGSAAN MAGANDAI, KOTA MARUDU

Puan Meirin Binti Sugara, Pegawai Daerah Kota Marudu hari ini telah hadir dalam Program Lawatan YABhg. Toh Puan bersama Yayasan Nur Jauhar ke SK Magandai, Kota Marudu. Perjalanan rombongan dimulai dengan bacaan doa selamat oleh Imam Imbran.

Rombongan lawatan tiba di SK Magandai seawal jam 9 pagi dan disambut ceria oleh warga sekolah SK Magandai. Antara pengisian program lawatan ialah, penyerahan sumbangan kepada 126 orang murid, 18 orang guru dan 5 orang staff SK Magandai serta Perasmian Pusat Sumber Yayasan Nur Jauhar SK Magandai yang disempurnakan oleh YABhg Toh Puan.

Pejabat Daerah Kota Marudu mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam membantu menjayakan program lawatan pada hari ini.

Pegawai / Agensi/Jabatan kerajaan (Kota Marudu) yang turut hadir bersama dalam rombongan ini ialah:-
Ts. Marshal Anthony, Penolong Pegawai Daerah Kanan
En. Datu Roslin Bin Datu Siabok, Pegawai Pendidikan Daerah & rombongan
En. Majawab Masantun, Pemimpin Pembangunan Masyarakat N. 7 Tandek & rombongan
En. Elui Majingkin, Ketua Daerah Mahkamah Anak Negeri N.7 Tandek & rombongan
Polis Diraja Malaysia (Kota Marudu)
Kementerian Kesihatan Malaysia (Team Medic)
Jabatan Kerja Raya, Kota Marudu
Pejabat Parlimen P.168 Kota Marudu
Pejabat ADUN N.7 Tandek, Kota Marudu

Setinggi penghargaan dan terima kasih kepada Kelab 4x4 Kota Marudu dan Pasukan 4 x 4 dari Yayasan Nur Jauhar (Sabah Off Road Association (SOAA) yang di ketuai oleh En. Hiew Min Kiyun dalam membantu melancarkan dan menjayakan program lawatan pada hari ini.

Mesyuarat Persediaan Majlis Peluncuran Projek Rintis Penanaman Padi

SESI LIBAT URUS KEMENTERIAN KEWANGAN PRA-BAJET 2025

Menghadiri Sesi Libat Urus Kementerian Kewangan Pra-Bajet PDKM 2025 di Pejabat Daerah Kudat. Suatu pembaharuan dibuat oleh Kementerian Kewangan Negeri dengan turun padang ke Daerah. Syabas MOF..! kami berharap pada tahun akan datang, Kota Marudu pula jadi tuan rumah.

PROGRAM IKRAR BEBAS RASUAH PEJABAT DAERAH KOTA MARUDU

Pelaksanaan Program Ikrar Bebas Rasuah (IBR) Pejabat Daerah Kota Marudu. Program ini dimulakan dengan sesi Ceramah "Rasuah, Salahguna Kuasa dan Penyelewengan di Sektor Penguatkuasaan" daripada pihak SPRM. Seterusnya Melafazkan Ikrar Bebas Rasuah, Sesi Menandatangani Borang IBR oleh Pegawai Daerah disaksikan oleh Encik Jasni Bin Gayung, Penolong Kanan Penguasa SPRM Sabah dan Sesi menandatangani Borang IBR oleh semua kakitangan Pejabat Daerah Kota Marudu disaksikan oleh Pegawai Daerah Kota Marudu.
Tarikh: 19.Julai.2024
Masa: 9:00 Pagi
Tempat: Bilik Gerakan, Pejabat Daerah Kota Marudu

PROGRAM COMMUNITY SERVICES (MCS)

Program Community Services (MCS) yang diadakan di Kg Sungai Magandai Kota Marudu. Seramai 5 orang kakitangan Pejabat Daerah yang turut hadir dalam program ini. Antara perkhidmatan yang disediakan adalah Kaunter e-Kasih dan Pelesenan.

Sesi Kunjungan Hormat Pejabat Daerah Kota Marudu ke KePKAS

Sesi Mesyuarat Koordinasi Kinabalu Unesco Global Geopark (KUGGP)

Sesi Mesyuarat Koordinasi Kinabalu Unesco Global Geopark (KUGGP) Bil.4/2024 di hotel Hilton, Kota Kinabalu

PERLAWANAN PERSAHABATAN BOLA SEPAK DAN BOLA TAMPAR DENGAN PEJABAT DAERAH RANAU

PERLAWANAN PERSAHABATAN BOLA SEPAK DAN BOLA TAMPAR ANTARA PEJABAT DAERAH KOTA MARUDU DAN PEJABAT DAERAH RANAU