🏆 Tahniah diucapkan kepada Puan Kelmey Kagiah dan Puan Ailin Teoh atas penerimaan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) Tahun 2024.
Semoga terus cemerlang dan menjadi inspirasi kepada semua warga pejabat. ✨
PERSIDANGAN MAJLIS BERSAMA JABATAN TAHUN 2025
Pejabat Daerah Kota Marudu telah menerima penghargaan daripada Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Negeri, Datuk Zainudin bin Aman kerana berjaya melaksanakan Majlis MBJ sebanyak tiga (3) kali dalam setahun bagi tahun 2024.
Sijil penghargaan tersebut telah diterima oleh Puan Meirin Binti Sugara, Pegawai Daerah Kota Marudu.
Diharapkan pada tahun hadapan, Pejabat Daerah Kota Marudu akan mencapai kecemerlangan yang lebih tinggi dan terus maju jaya!
MAJLIS PERASMIAN PENUTUPAN BENGKEL KESELAMATAN SIBER 2025 DAN MAJLIS PENYAMPAIAN ANUGERAH LAMAN WEB KERAJAAN NEGERI SABAH 2025
📅 Tarikh: 7 Oktober 2025
📍 Tempat: Sabah International Convention Centre (SICC)
Pejabat Daerah Kota Marudu telah berjaya meraih The BayuWeb Innovator Award (Second Runner-Up) sempena program Sabah Government Website Competition (SGWC) 2025 anjuran Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (KSTI) Sabah.
Anugerah tersebut telah diterima oleh Puan Meirin binti Sugara, Pegawai Daerah Kota Marudu mewakili pihak pejabat.
✨ Tahniah kepada Pejabat Daerah Kota Marudu atas kejayaan ini. Semoga terus mengekalkan momentum dan kecemerlangan dalam memperkukuh inovasi perkhidmatan awam di peringkat daerah.
PENARAFAN 5 BINTANG SISTEM MAKLUMAT SUMBER MANUSIA (SM2) TAHUN 2024
8/11/2024 (JUMAAT) - Puan Meirin binti Sugara, Pegawai Daerah Kota Marudu dan Puan Neslie binti Santi, Pen. Pegawai Tadbir telah hadir dan menerima
Penarafan 5 Bintang Sistem Maklumat Sumber Manusia (SM2) bagi tahun 2024 yang telah berlansung di Hotel Le Meridien, Kota Kinabalu. Tahniah diucapkan kepada Cik Ailin Teoh yang mengendalikan SM2 dan semua kakitangan yang telah memberi kerjasama dengan baik.
PERSIDANGAN MAJLIS BERSAMA JABATAN BAGI TAHUN 2023
3/10/2024, Khamis - Pejabat Daerah Kota Marudu telah mendapat Sijil Penghargaan kerana telah berjaya melaksanakan tiga kali mesyuarat dan menghantar minit mengikut bilangan minit mesyuarat yang berlangsung di Hilton Hotel, Kota Kinabalu. Syabas dan Tahniah!
Anugerah CDO Inovatif sempena Seminar ICT 2024 Sektor Awam Negeri Sabah WPBU
Tuan Marshal Anthony, Penolong Pegawai Daerah Kanan (Pentadbiran) telah menerima Anugerah CDO Inovatif sempena Seminar ICT 2024 Sektor Awam Negeri Sabah WPBU
DAN
Pejabat Daerah Kota Marudu yang menerima Anugerah Laman Web Terbaik kategori Pejabat Daerah sempena Seminar ICT 2024 Sektor Awam Negeri WPBU
PENARAFAN 5 BINTANG SISTEM MAKLUMAT SUMBER MANUSIA (SM2)
PDKM TELAH DIANUGERAHKAN PENARAFAN 5 BINTANG SISTEM MAKLUMAT SUMBER MANUSIA (SM2) BAGI TAHUN 2023.
ANUGERAH APRESIASI 2023
PDKM MENDAPAT ANUGERAH APRESIASI 2023 SEMPENA MAJLIS APRESIASI ANJURAN KEMENTERIAN PEMBANGUNAN LUAR BANDAR SABAH YANG BERLANGSUNG PADA 18/11/2023 DI THE MAGELLAN SUTERA RESORT
ANUGERAH KHAS MBJ PERINGKAT NEGERI SABAH 2022 KATEGORI PEJABAT DAERAH
PDKM TELAH MENDAPAT SIJIL PENGHARGAAN KERANA TELAH MELAKSANAKAN MAJLIS BERSAMA JABATAN (MBJ) TAHUN 2022 DAN ANUGERAH KHAS MBJ PERINGKAT NEGERI SABAH 2022 BAGI KATEGORI PEJABAT DAERAH YANG BERLANSUNG PADA 16 NOVEMBER 2023 BERTEMPAT DI HOTEL HILTON, KOTA KINABALU.
ANUGERAH LAMAN WEB TERBAIK
PDKM TELAH MENDAPAT ANUGERAH LAMAN WEB TERBAIK SEMASA SEMINAR ICT 2023 SEKTOR AWAM NEGERI WILAYAH PANTAI BARAT UTARA YANG DIANJURKAN OLEH JABATAN PERKHIDMATAN KOMPUTER NEGERI (JPKN) YANG BERLANGSUNG PADA 18 JANUARI 2023 BERTEMPAT DI DEWAN KOMUNITI KOTA MARUDU.